Sunday 3 November 2013

Peristiwa Penentangan


RINGKASAN:
  • 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke.
  •  pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British terbunuh.
  •  kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban
  •  1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap pengikut Rentap berundur.
  • Perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’
  • Tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap.
  • Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap.
  • Charles Brooke gagal menewaskan Rentap.
  • Tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang tetapi gagal.
  • Kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’
  • tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok
  • pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas
  • James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap.
  • Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru.



Pada tahun 1854, James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkambungan Rentap. Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu. Perjuangan Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke telah berjaya mempengaruhi kira-kira 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Walau bagaimanapun, Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahannya yang kukuh.

Pada tahun berikutnya, Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya menyerang Bukit Sadok. Namun demikian, beliau masih gagal menewaskan Rentap. Dengan penuh bersemangat Rentap berkata, "Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah". Pada tahun 1863, James Brooke mengetuai sendiri pasukannya untuk menyerang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit berlaku selama sebulan dan Rentap telah dapat ditewaskan. James Brooke telah membakar kubu serta rumah pengikut Rentap. Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru.
 Walau bagaimanapun, sebelum sempat meneruskan perjuangan, beliau telah meninggal dunia. Kebangkitan Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan Brooke membuktikan mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa. 

1 comment:

  1. video slot with hdno sound no audio - YouTube
    video slot with hdno sound no audio. youtube play video slot with hdno sound no audio. youtube play video slot with hdno sound no audio. youtube play youtube mp4 video slot with hdno sound no

    ReplyDelete